"Nikmat yang sering disia-siakan oleh manusia iaitu Nikmat Waktu Sihat dan Nikmat Waktu Lapang. Waktu Sihat sebelum datangnya Waktu Sakit, Waktu Lapang sebelum datangnya Waktu Sempit".

Tuesday, 30 September 2014

30 SEP 2014

Menyayangi manusia belum tentu kita disayangi...
Mencintai manusia belum pasti kita dicintai...
Tapi kalau kita sayang dan cinta pada ALLAH sudah pasti Dia akan sayangkan kita...

Monday, 29 September 2014

29 SEP 2014...

Masa yang telah berlalu Semalam tidak dapat kita kembalikan lagi,
Gunakan kesempatan Hari Ini yang masih ada,
Jangan biarkan masa yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja
kerana kita belum tahu Esok belum tentu masih ada untuk kita...

Thursday, 25 September 2014

17 Sep 2014...

Tepat 12.05pagi hari rabu, anak saudaraku Ahmad Ashraf bin mat asri telah kembali ke rahmatullah dalam usia 5 tahun.Sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya.Tiadaku duga bahawa pertemuanku
dengannya ketika hari raya aidilfitri lepas merupakan pertemuan yang terakhir.Arwah adalah seorang periang dan sangat manja denganku.Masih terbayang telatah dan gelak ketawanya dimataku.
Jenazahnya telah selamat dikebumikan ditanah Perkuburan Islam Padang Pak Amat,Pasir Puteh.

 


 
 
 

 


 
 
 
 
 
 

Monday, 22 September 2014

8 JUL 2013...

Bismillah...
Bermula perjalanan hidup aku seorang pengembara diNegeri orang.
Tidak pernah terlintas langsung dibenakku akan aku sampai ke daerah ini.
Alhamdullilah rezeki aku setelah tamat pengajian diGERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE.
Berbekalkan doa dan tawakal aku memulakan alam pekerjaan melalui INSEP program diInfineon Melaka. Dengan memperoleh elaun sebanyak Rm600+Rm500 itulah gaji permulaanku. Hidup disini mengajarku erti hidup berdikari.

Kini,bermula 30 Jan 2014 secara rasminya bermulalah aku sebagai pekerja Infineon...Tiada apa yang dapat kugambarkan melainkan dengan ucapan Syukur padaNYA.
 
Bergambar bersama Tan Teck Siong(M2 manager)