"Nikmat yang sering disia-siakan oleh manusia iaitu Nikmat Waktu Sihat dan Nikmat Waktu Lapang. Waktu Sihat sebelum datangnya Waktu Sakit, Waktu Lapang sebelum datangnya Waktu Sempit".

Sunday, 12 October 2014

12 OKT 2014

KAWAN...Orang yang dekat dengan kita, tempat kita menceritakan segala rahsia
kadangkala menjadi gunting dalam lipat dengan menjaja segala rahsia kita pada orang lain sedang didepan kita dia pura-pura buat baik...Nauzubillah berhati-hatilah jika ada kawan macam ni.
Kadangkala KAWAN adalah musuh yang paling licik, depan kita pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita bukan main dia mencanang segala keburukan kita.
MUSUH...Orang yang memang ada niat tidak baik pada kita, segala kejahatannya bertujuan untuk menjatuhkan kita. Dengannya sudah tentu kita perlu berhati-hati.

Biarlah kita berkawan secara ikhlas tanpa ada niat yang tidak baik,
Biarlah jadi kawan mampu menyimpan segala rahsia dan kelemahan dalam poket tanpa perlu bercerita pada orang lain,
Jadilah orang yang jujur dalam berkawan, bukannya kat depan bercakap manis macam madu apabila bercakap kat belakang tajam macam jarum.




Thursday, 9 October 2014

9 OKT 2014

Buta mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti



Wednesday, 1 October 2014

1 OKT 2014

Antara Dua Cinta

apa yang ada...jarang disyukuri..
apa yang tiada...sering dirisaukan..
nikmat yang dikecap..baru kan terasa..
bila hilang..apa yang diburu..
timbul rasa jemu...bila sudah di dalam genggaman...

dunia ibarat air laut..
diminum hanya menambah haus..
nafsu bagaikan fatamorgana..
di padang pasir..

panas yang membahang disangka air..
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang..
dilihat ada ditangkap hilang..

Tuhan.. leraikanlah dunia..
yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu..
mengumpul dua cinta..
hanya cintaMu ku harap tumbuh..
dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
 

 

Tuesday, 30 September 2014

30 SEP 2014

Menyayangi manusia belum tentu kita disayangi...
Mencintai manusia belum pasti kita dicintai...
Tapi kalau kita sayang dan cinta pada ALLAH sudah pasti Dia akan sayangkan kita...

Monday, 29 September 2014

29 SEP 2014...

Masa yang telah berlalu Semalam tidak dapat kita kembalikan lagi,
Gunakan kesempatan Hari Ini yang masih ada,
Jangan biarkan masa yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja
kerana kita belum tahu Esok belum tentu masih ada untuk kita...