"Nikmat yang sering disia-siakan oleh manusia iaitu Nikmat Waktu Sihat dan Nikmat Waktu Lapang. Waktu Sihat sebelum datangnya Waktu Sakit, Waktu Lapang sebelum datangnya Waktu Sempit".

Monday, 20 October 2014

18 OKT 2014

DA'I musim 2

Program keagamaan TV3 yang telah berjaya memartabatkan status pendakwah milenia iaitu Da’i bakal kembali untuk musim kedua! Program realiti ini yang pernah menjadi perhatian masyarakat di Malaysia pada tahun lalu berjaya memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini.


Da’i musim kedua yang akan bersiaran pada bulan Ogos 2014 nanti bakal menampilkan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara program. Sementara itu, juara Da’i musim baru ini bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000. Selain wang tunai, pemenang juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah sampingan.    


Program Da’i bakal bersiaran sebanyak 13 episod dan antara tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi finalis adalah seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama, sehari bersama saudara baru dan banyak lagi yang pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah masing-masing.

Malam Final ~ Da'i Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.

 
 
 


Da'i Farhan(Ep 2)


Da'i Farhan(Ep 4)

Da'i Farhan(Ep 8)
Artis : Fizo omar


Da'i Farhan(Ep 9)
 

Malam Final 1~ Da'i Farhan
Artis : Issey Titan BMB

                                       
 
Malam Final ~ Soalan imtihan
 
                                        
 
Malam Final 2~ Da'i Farhan
Artis : Beego