"Nikmat yang sering disia-siakan oleh manusia iaitu Nikmat Waktu Sihat dan Nikmat Waktu Lapang. Waktu Sihat sebelum datangnya Waktu Sakit, Waktu Lapang sebelum datangnya Waktu Sempit".

PUDING KELAPA BERSIRAP PANDAN



Waktu cuaca panas macam ni sedapnya kalau dapat menyejukkan tekak.. Puding mesti jadi pilihan utama sebagai pencuci mulut. Puding... kelapa berperisa sirap pandan mesti menawan selera. Tentu anda tidak sabar untuk menikmatinya. Selamat mencuba...
Bahan A:
1 bungkus agar-agar serbuk putih
200 g gula pasir
700 ml santan
200 g isi kelapa muda
Bahan B:
1 bungkus agar-agar serbuk putih
150 ml sirap pandan
700 ml air
Cara Penyediaanya:-
Bahan A:-
Campurkan agar-agar serbuk putih bersama gula pasir dan juga santan. Kacau serata.
Didihkan di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
Kemudian masukkan isi kelapa muda dan masak sambil dikacau hingga mendidih. Matikan api.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dan biarkan ia mengeras.
Setelah agar-agar keras, keluarkan dari acuan serta keruk kasar menggunakan garpu dan ketepikan.
Bahan B:-
Campurkan agar-agar serbuk putih serta sirap pandan dan air. Sebatikan dan masak serta kacau hingga mendidih. Matikan api. l
Sediakan Acuan agar-agar besar mengikut citarasa, basahkan dan tuang satu perempat bahagian bahan B.
Tuangkan satu perempat bahan A di atasnya. Ulangi hingga bahan A dan bahan B habis.
Tunggu hingga beku sedikt. Masukkan dalam peti ais. Keluarkan dari acuan dan siap untuk di sajikan.

No comments:

Post a Comment